Tajuk rencana Wikipedia:Manual_gaya_penulisan

Jika boleh, jadikan tajuk rencana itu sebagai subjek dalam ayat pertama rencana itu dan tebalkannya dengan membubuh penanda '''

Petikan dari rencana utama: Wikipedia:Manual gaya penulisan (tajuk bahagian)

Untuk tajuk bahagian rencana pula, gunakan kod penanda === (tajuk) untuk tajuk rencana, dan bukan penanda teks tebal (bold) '''. Contoh:

===Ini adalah tajuk bahagian===

yang akan menghasilkan:

Ini adalah tajuk bahagian

Tajuk yang ditandakan sebegini akan dimasukkan ke dalam jadual kandungan secara automatik. Seksyen boleh dinomborkan secara automatik bagi pengguna yang memilih tatarajah tersebut dan perkataan di dalam tajuk yang ditanda dengan betul akan mendapat tangga yang lebih baik di dalam carian. Tajuk juga membantu pembaca dengan memecahkan teks dan menyusun rencana.

  • Gunakan huruf besar untuk huruf pertama sahaja dan kata nama khas di dalam tajuk dan biarkan perkataan lain dengan huruf kecil.
  • Elakkan dari memasukkan pautan ke dalam tajuk.
  • Elakkan dari penggunaan tajuk-tajuk kecil yang berlebihan, contohnya sekadar untuk satu perenggan atau ayat.